Tuesday, September 21, 2010

CINTA

Adakah tapak tanganmu berkeringat,hatimu berdebar kencang dan suaramutersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskanpandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamutahu ia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulahyang diinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamumenyintainya kerana kamu tidak inginmelukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya keranapandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannyakerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawasetiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semuaperkara yang kamu senangi untukkepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan keranacampuran antara kesakitan dankegembiraan yang membutakan dan takterfahami ... menarikmu mendekati dantetap bersamanya?ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kernaitu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang laintapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannyawalaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketikadia bersedih?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu danmenyentuh jiwamu begitu mendalamsehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.

Till then,

Nota Kaki Ku : tak tau nape aku mood jiwang pulak hari ni..tu yg kuar posting cinta bagai nih!hehehe..sila salahkan mood jiwang aku!ngeeeeee ;p

No comments:

Post a Comment